My Song.

e>

Wednesday, December 7, 2011

CERITA..(1-29)

1) Kacang bercoklat...erk!! 【ツ】
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

Seorang gadis membawa teman lelaki barunya yang berasal dari bandar pulang ke kampung untuk diperkenalkan kepada neneknya. Setibanya di rumah, si gadis terus meluru masuk ke dapur dan memeluk neneknya. Lupa tentang teman lelakinya yang masih di ruang tamu, si gadis tersebut terus berbual dengan neneknya.

Teman lelakinya terus duduk di ruang tamu, sambil menantikan kekasihnya di dapur dia terpandang semangkuk kecil kacang badam dan gajus di atas meja. Bosan menunggu, dia pun terus mangambil sebutir kacang, lalu memakannya.. setengah jam kemudian.. habis semangkuk kacang itu dimakannya!

Si gadis setelah puas berborak dengan neneknya baru teringat yang teman lelakinya masih berada di ruang tamu. Lalu dia dan neneknya naik ke ruang tamu..

"Nenek, inilah teman lelaki yang saya katakan tadi.., Yang, minta maaf lupa nak kenalkan dengan nenek tadi" kata si gadis..

"Tak mengapa, saya pun nak minta maaf dengan nenek, habis semangkuk kacang nenek saya habiskan.." kata pemuda itu pula.

"Itulah cu, cucu-cucu nenek ini suka berikan nenek coklat kacang, tapi nenek ni bukannya ada gigi, jadi nenekpun hisaplah coklatnya tu sampai habis, kacangnya keras jadi nenek letakkanlah dalam mangkuk tu..."




2) Ciuman 【ツ】
▀▀▀▀▀▀▀▀

LISA: Berapa harga semeter kain ni?

PENJUAL: Harga 1 meter cuma 1 ciuman

LISA: Baiklah.. bagi saya 10 meter..

PENJUAL: (gembira)... ni dah siap sepuluh meter kain.. bayarannya?

LISA: Jap, nenek saya akan bayarkan.. (sambil menunjuk ke arah neneknya)

PENJUAL: huhu... @#%!!!



3) Interview Lanun 【ツ】
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

Seorang lelaki yang kudung kakinya, tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.

Penemuduga: "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?"

Lelaki: "Cedera ketika perang dunia kedua"

Penemuduga: "Kenapa tangan kamu bercangkuk?”

Lelaki: "Terpotong dengan pisau besar"

Penemuduga: "Mata kamu pula?"

Lelaki: "Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya."

Penemuduga: "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?"

Lelaki: "Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu.



4)Kisah boifren paling tak gune :D 【ツ】
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

Hello sayang♥...

kenapa sayang♥ tak nak angkat tepon bila abg call handset sayang♥ tadi... janganlah sayang♥ merajuk lelama sangat, betui... abg tersangatlah rindu kat sayang♥..... walaupun muka abg ni agak macho dan comel.... janganlah sayang♥ jeles kat abg kalau-kalau ada awek lain yang asyik pandang-pandang dan senyum-senyum kat abg masa kita gi dating.... biasa la tuh...

Apa...tak muat...??? kan sayang♥ dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi... apsal la tak muat pulaks.... janganlah sayang♥ risau.... duit cincin yang sayang♥ bayarkan tadi..esok-esok abg bayarla balik kat sayang♥..... sayang♥ pun sedia maklum....abg bukannya takde duit.. tapi duit tu abg dah belikan graphic card baru kat pc abg.... RAM pun abg dah beli yg baru... tambah lagi sekeping...kasi power sikit.... tu belum masuk nak tukar hardd! isk baru lagi tuh....

Abg tau sayang♥ marah sebab abg yang selamba katak jer... melompat longkang depan kedai apek tu tadi... tanpa menunggu sayang♥ melintas titi.... bukan abg tak gentleman.. tapi abg cuma memeriksa kalau-kalau ada bahaya di seberang sana.... maafkan abg...tobat.. lain kali abg tak buat lagi.......

Kes masa makan kat kedai mamak tu tadi...sorry la... abg ingatkan nak test jer mee goreng sayang♥ tuh..... soksek..soksek...masa sayang♥ gi toilet.. tak perasan pulak..dah abih... sedaaaaaaappppp....!! tapi kan abg dah ganti ngan roti canai kosong abg?? tak sedap ker roti canai kosong tuhh??? udah ler tu... .janganla merajuk lama lama...

Oh yaa..!! henset kita ni kita tukar dulu la yee... abg pinjam jaap henset sayang♥... nanti abg tukaq la balik.... sayangkan♥ ader handbag besar..senang nak simpan henset abg yg besar tu... Hehehehe .! . henset sayang♥ kecik...buleh abg simpan dalam kocek abg...

Betuuuul...........! semalam abg dah booked tiket citer Salon tuh... abg ingat la kan... cashier cineplex tu lupa nak key in dalam komputer dia la... pasal tu la tiket dah abis..... lagi satu....sampin dan songkok ayah sayang♥ yang abg pinjam utk hariraya aritu... kira pinjam terus la yee.... boleh gaks guna masa ari nikah kita esok-esok... bukan abg taknak beli baru... tapi sayang la...benda elok lagi... buat apa nak beli baru kannn... tapi sayang♥ jgn bagitau kat ayah sayang♥ plaks... ayah sayang♥ sure tak pasan punya sebab nanti abg dye la sampin tu ngan kaler lain....

Buat masa ni motor abg masih dlm wokshop.. ntah apa ntah pomen tu buat tak siap-siap lagi... jadi Gen2 sayang♥ ni...kira abg pakai dulu la yee utk pergi keje... sayang♥ bukan tak tau... tempat keje abg kan jauh... sayang♥ pergi keje naik LRT pun bolehh........! ...

Lagi satuu.... besok sampai kat opis sayang♥ nanti.....sayang♥ tlg bank-in kan RM300 kat akaun abg ye... bukan apa...Gen2 sayang♥ ni kuat mentekedarah minyakk betuii... motor kapcai abg pun tak camni...

Okeyla sayang♥...dah cakap lama ni... jgn lupa top up kan prepaid abg nii... esok2 senang abg nak call sayang♥ lagi...

bye-byee.... hehe



5) Pegang kuat2 ye nekk.... 【ツ】
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!

Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...

Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)

Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.

Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!

Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?

Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!

Udin: Nenek pegang kat mana?

Nenek: Pagar rumah.

Udin: "$%^&(#....."



6) Gajah Liar! 【ツ】
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

Tiga pengembara ingin berkhemah berhampiran air terjun. Mereka memilih satu kawasan air terjun yang terdapat di sebuah hutan dara. Dalam perjalanan menuju ke kawasan air terjun, mereka telah sesat. Hari sudah hampir senja. Tiba di suatu kawasan, mereka ternampak papan tanda yang ditulis oleh pihak Perhilitan : "Awas, kawasan gajah liar!" Dua pengembara amat cemas, namun seorang pengembara hanya tersenyum. Tiba-tiba, mereka ternampak seekor gajah liar 500 meter di depan mereka sedang memakan pisang hutan. Lalu pengembara yang tersenyum tadi memberi arahan, "Kamu berdua jangan panik. Atok aku pesan, jikalau terserempak dengan gajah liar, kita mesti jangan bergerak, pura-pura sebatang pokok kayu." Lalu, mereka semua berdiri dan menegapkan badan. Gajah liar tersebut berjalan ke arah pengembara. Pengembara yang berada dalam ketakutan bertanyakan pengembara yang tersenyum tadi,"Atuk engkau di mana sekarang?". Pengembara yang tersenyum tadi menjawab,"Atuk aku dah meninggal dunia tahun lalu, kena pijak gajah liar!"



7) Pukul Berapa Buka? 【ツ】
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.

"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya. "Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.

"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa. "TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi. "Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?". "Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"



8) Rasakan Korang 【ツ】
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

Sebuah kolej menghadapi masalah dengan pelajar perempuan yang tinggal di hostel mereka.

Didapati ramai pelajar perempuan yang mula belajar memakai lipstick. Namun itu bukanlah masalah besar bagi kolej tersebut. Yang menjadi masalahnya terdapat beberapa pelajar yang gemar meninggalkan kesan lipstick di cermin-cermin tandas (konon2 kiss cermin la gitu).

Setiap malam, makcik cleaner terpaksa mencuci berpuluh-puluh kesan lipstick di cermin tandas wanita dan esok paginya pelajar-pelajar itu didapati mengulangi perbuatan yang sama.

Akhirnya, pengurus hostel berpendapat sesuatu mesti dilakukan untuk menghentikan perbuatan pelajar-pelajar ini. Malam itu, beliau mengadakan perhimpunan tergempar dengan siswi-siswi kolej dan menyuruh mereka berhimpun di tandas hostel.

Beliau menerangkan betapa sukarnya tugas mencuci kesan-kesan lipstick itu setiap hari dan menyuruh makcik cleaner menunjukkan bagaimana susahnya makcik tu mencuci cermin-cermin tandas.

Makcik cleaner tu pun mencelup kain buruk ke dalam mangkuk tandas dan mengelap cermin-cermin yang mempunyai kesan lipstick dengan kain itu.

Semenjak malam itu, tiada lagi kesan lipstick dijumpai di mana-mana cermin tandas kolej tersebut.



9) Cara-cara cover malooooo...... 【ツ】
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

1. Kalo tersepak batu°.► Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal°.► cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga°.► terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang°.► pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas°.► jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop°.► terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin°.► tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....



10) Soalan Yang Kerap di Tanya.... 【ツ】
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
"Tunggu bas ke?"
Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie ye"

Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
"Ko nak mandi ke?"
Jawab: "Taklah aku nak pi main lelayang kejap, ko nak join?"

Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
"Aik? tulis surat nampak?"
Jawab: "Oh ye ke? aku tak prasan ah... tangan aku bergerak sendiri"

Anda sedang makan nasik dan orang tegur:
"Makan nasik?"
Jawab: " Mata ko buta ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?"

Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:
"Baru balik dari keje?"
Jawab: "Taklah, saya dari rumah, nak pi keje lah nie... opis saya dah pindah kat rumah.. dan rumah saya dah pindah kat opis"

Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur
"Eh kau sibuk ke?"
Jawab: Takyah jawab, peratikan muker dia pastu kompang siket pipi dia.

Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:
"Eh citer melayu ke?"
Jawab: "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro menentang Raksaser dari Planet X... ko tunggu jap nanti otromen kuar".



11) Cerita Seram.... 【ツ】
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

Ini ada satu cerita dari saorang kawan yang bekerja di Petronas Twin Tower.

Last week kawan saya ni balik lewat kerana nak ensure that servers dan PCs di office dia tak kena attack oleh CIH virus. Dia pulang dari pejabat kira-kira pukul 11.00 p.m. Dia bekerja di tingkat 8 bagunan itu dan hendak turun ke groundfloor. Bila dia masuk lift dia tekan G, lift itu tidak turun malahan naik dan berhenti di tingkat 35. Bila sampai di tingkat 35 pintu lift itu terbuka dan masuklah saorang gadis yang amat jelita. Dia tidak pernah lihat gadis sejelita itu. Kulitnya putih dan rambut ikar mayang serta berbau sangat wangi. Kawan saya ini berdiri dekat dengan pintu lift dan gadis itu berjalan terus kebelakang lift. Sejurus kemudian lift itu pun turun.

Ketika lift itu sedang turun kawan saya ini menikmatilah bau wangi gadis itu. Tetapi tidak lama kemudian lift itu berhenti dan lampu padam kerana black-out. Dia pun meraba-raba mencari butang loceng kecemasan lift itu. Ketika dia sedang maraba-raba itu tiba-tiba dia berbau suatu bau yang amat busuk.

Dalam kegelapan itu kawan saya itu terfikir macam-macam yang amat menyeramkan sehingga keseluruh bulu roma di badannya berdiri. Lututnya pun makin lemah dan berbagai perkara bergeligar di otaknya. Teringat dia akan keluarganya di rumah dan sebagainya. Peluh di badan sudah pun keluar dan kepala pun berpinar serasa akan pitam. Bau busuk itu maseh ada. Dalam kegelapan dan kesunyian itu dia rasa masa berjalan amat lambat sekali. Tiba-tiba lampu bernyala kembali dan lift pun berjalan semula menuju ke ground floor. Dengan rasa penuh cemas dan takut dia menoleh kebelakang untuk melihat samaada lembaga itu maseh ada atau tidak. Rupa-rupanya gadis itu maseh ada dan kali ini gadis itu tersenyum padanya hingga ternampak gigi-giginya yang amat cantek sambil berkata "I'm sorry, tadi I terkentut".

Tammatlah satu kesah.



12) Polis Cerdik.... 【ツ】
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

Pada suatu hari, seorang penunggang (Mamat) motosikal telah ditahan polis. Dia ni kena tahan kerana tak pasang lampu waktu malam di bandar berhampiran rumah dia. Dia bagi la.. alasan.

Mamat: Apa ni? Nak pasang lampu nak buat apa?
Polis: La.. tak kan tak tau kot.Untuk keselamatan ko la.
Mamat: oitt.. sana ada lampu, sini ada lampu, situ ada lampu, mau pasang lampu lagi ka?
Polis: Kuang ajo punya budak. Jaga ko!!!

Lalu polis tu pun buang angin kat tayar motor budak tu.

Mamat: oi! oi! apa ni gilo apa. Camna aku nak balik?
Polis: La...sana ada angin, sini ada angin, situ ada angin, mau angin lagi ka?



13) Tak Ada Telinga.... 【ツ】 
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

Johan dilahirkan tanpa telinga, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank.Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenaraipendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Tetapi diakhir temuduga Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.

Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?

Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Tetapi diakhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.

Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya? Eeemmm .tuan tak ada telinga, sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar.

Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telahbekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?

Ya. Awak pakai contact lens, jawab pemuda itu, walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.

Bagaimana awak tau tanya Johan lagi.

Pemuda itu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata, Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga.



14) Bos Yang Sangat Cerdik. 【ツ】
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai + pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani tu.

So, sape2... yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding.

"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan. "Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras "Dalam RM800" pekerja tu menjawap.

Bos tu menjawap, "Nah amik ni RM800, BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN" Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek.

Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat! Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.

Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja di situ,"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawap si pekerja,"Owh, dia tu dtg anto pizza, tak keje sini pun".



15) Salah Tafsiran. 【ツ】
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la."
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

"Kan kami nie pemain simpanan...".



16) Harta 【ツ】
▀▀▀▀▀▀▀

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek: "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat: "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek: "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap2 hari tanaman nenek."

Rahmat: "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek: "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat: "?????"



17) Gigi 【ツ】
▀▀▀▀▀
Ada seorang pemuda pergi makan KFC. Sesudah memesan makanannya dia bergerak ke sebuah meja. Sambil menikmati makanannya dia terlihat seorang pasangan tua sedang makan tetapi hanya suaminya sahaja yang menikmati makanan itu sedangkan si isteri itu hanya memerhati.

Dia pun pergi ke meja pasangan itu. Dia bertanya kepada nenek itu, "Nenek, kenapa nenek tak makan burger nenek tu? Nenek tak suka ke? Nak saya tukarkan?". Nenek tu menjawab,"Takpelah cu, nenek suka sangat makan burger ni".

Dia tanya lagi,"Tapi kenapa nenek tak makan? Biarlah saya tukarkan. Mungkin nenek tak selesa?". "Terima kasih cu, nenek memang nak makan burger ni, nenek tengah tunggu gigi atuk ni sebab lepas ni giliran nenek pulak". Nenek itu menjawab lagi. Pemuda itu terus senyap dan tidak bertanya lagi.



18) Ayam Panggang 【ツ】
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor.. Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..

"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada... Maaf ya Encik." Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata, "Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya." Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.

"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau." Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam panggang tersebut...



19) Cucur Udang 【ツ】
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

Di suatu pagi, sorang mamat ni pegi la beli kuih kat sorang makcik ni. Dia tengok semua cucur udang makcik ni jual takde pun udang di tengah-tengah cucur tersebut... lalu si mamat ni pun tanye....

Mamat: Makcik, apasal semua cucur udang makcik takde udang? Bukan ke selalunyer orang jual ada udang kat tengah cucur tu.

Dengan muke selambernyer... makcik tersebut menjawab...

Makcik: Eh, makcik tengok orang jual cucur badak takde pun diorang letak badak.. so, makcik pun takde la nak letak udang...

Mamat: ..........



20) Cara Jawab Telefon Yang Betul 【ツ】
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

"Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama.. terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).

1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap. sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah. bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap. nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk. maap

9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon. salam kite wajib jawab)



21) Nakal betul laaa cucu atuk ni... macam atuk jugak 【ツ】
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

Aku ada seorang cucu namanya Jendul, die ni baru 4 thn aje... tapi nakal mengalahkan atuknya. Bayangkan la suka sangat die naik kat belakng tengkok aku yg dah nak mereput ni..silap ari boleh tanggal dibuatnya.

Satu sikap yang membuatkan aku... bengang tahap maksimest kat die ni suka sangat kacau aku time aku makan. Apa yg aku nak makan itu le yg die nak... geram tul aku.. aku belum sempat nak makan die dah songlap bawak lari makanan aku tu.

Suatu hari.... bini aku masak la bubur durian... aku memang dah lama mengidam tu... aku pon ambik la semangkuk dan cover line la takut cucu aku nampak kang die rembat plak bubur yg aku ambik tu. Aku rase la sesudu dua pastu simpan bio die sejuk dulu...

Tiba2.. aku tengok dah hilang dah gerenti cucu aku ambik.. dan kantoi la cucu aku tu tgh makan bawah tangga umah aku... aku pon dgn muka tanpa perasaan dan toye jer melihat perangai die yg buruk hampeh tu... agaknya die terase sebab aku buat muka mancho semcam jer.... die cam rase bersalah plak....

"Atuk marah ke Jendul wat cam tu...sory la tuk" katenya "Jendul janji tak wat lagik...atuk jgn la ambik ati....." sambungnya aku terus membisu dengan muka yg inersion "ala tuk.....nanti jendul ambik kan yg lain yer....senyum la sikit tuk...ala tuk...senyum la sikit" die cuba memujuk aku..

Akhirnya aku pon ok la atuk tak marah sambil mengukirkan senyuman kepada nya tanda memaafkannya.

"Eh atuk...pasal gigi palsu atuk tak der....." die tiba2 menyapa.

"Atuk sorok kan dalam bubur atuk tadi..."

Semenjak hari tu cucu aku terus balik kl ikut mak ayahnya dan tak balik2 lagik ke rumah aku..haaaaa sedihnya.



22) Kisah Ngeri 【ツ】
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti. Tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi.

"Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke?" Tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an. "A'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje....

"Ok, cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol" Mamat nie bagi idea.

"Worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil di depan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. Dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7. Apa lagi, jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah ferrari, sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!"



23) Terbalik 【ツ】
▀▀▀▀▀▀▀▀

Aku: Eh! Wan.... tadi aku tgk moto yg ngko parking tu terbalik..

Wan: yer ker? apsal lak terbalik...

Aku: la.. mana la aku tau.. aku parking kat sebelah moto ngko jer tadi... tgk2..mmg moto tu terbalik..

Wan terus berkejar ker tempat dia parking moto... jauh tu.. kene turun 4 tngkat bangunan guna tangga.... lama kemudian...... 

Wan: Aku tgk elok jer moto tu parking..tak terbalik pun...

Aku: terbalik la...

Wan: terbalik camner plak....?

Aku: yer ler... org parking moto... tayar depan ngadap dinding... ngko punya moto, tayar belakang yg ngadap dinding... kira terbalik la tuh....

Wan: Ngko mmg cilaker laa.... letih aku turun tgk moto tu tadi tau....

3 hari Wan ngungkit2 marah2 pasal bende nie kat aku...



24) Buah Anggur【ツ】
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah anggur.

Pembeli: "Bang, berapa harga anggur sekilo?"

Peniaga: "RM8!"

Pembeli: "Amboi, mahal sangat... RM6 sudah la!?"

Peniaga: "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"

Pembeli: "Kalau tak manis, macam mana bang?"

Peniaga: "Kalau tak manis, tak payah bayar!"

Pembeli: "Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!"

Peniaga: "#$%@%&%????..



25) Ungkapan Cinta 【ツ】
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

Teruna: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama.
Dara: Apakah kau rela kalau aku pergi?
Teruna: Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara: Apakah kau mencintaiku?
Teruna: Tentu! Selamanya akan tetap begitu...
Dara: Apakah kau pernah berlaku curang?
Teruna: Tidak! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara: Mahukah kau menciumku?
Teruna: Ya.
Dara: Sayangku ♥

Sesudah 5 tahun perkahwinan…

*Sila baca dari bawah ke atas pulak



26) Jatuh Kerusi 【ツ】
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

Anak: Ibu tadi ada seorang pelajar jatuh dari kerusi.

Ibu: Jadi?

Anak: Semua orang gelak, kecuali saya.

Ibu: Awak anak yg baik. (lalu Ibu mencium dahi anak nya)

Anak: Ibu nak tahu siapa yg jatuh tu?

Ibu: Siapa?

Anak: Sayalah.

Ibu: Cis



27) Tingkap Pecah 【ツ】
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

Ada seorang budak yang sedang bermain bola bersendirian. Dia menendang bolanya terlalu kencang dan memecahkan kaca tingkap rumah seorang wanita. Budak itu pun terus berlari ketika wanita itu keluar dan menjerit. Budak itu pun berfikir untuk datang mengambil bolanya semula. Ia lalu berfikir cara apa yang dapat dilakukannya.

Beberapa minit kemudian, budak itu pun mengetuk pintu rumah wanita tadi dan berkata pada wanita tersebut,

“Ayah saya akan datang dan membetulkan tingkap tersebut.”

Dan memang datanglah seorang lelaki dengan kotak perkakas dan berkata pada wanita tersebut,

“Maaf. Saya mau membetulkan tingkap anda…”

Wanita itu pun mempersilakan lelaki tersebut masuk untuk membetulkan tingkapnya. Sedang lelaki tersebut membetulkan tingkap, budak tadi meminta bolanya kembali. Wanita itu pun memberikannya sambil berpesan agar lain kali hati-hati. Budak itu pun pulang. Setelah selesai membetulkan tingkap, lelaki tadi terus meminta wang upah dari wanita tersebut. Wanita itupun terkejut dan berkata,

“Bukankah anda ayahnya?”

Lelaki itu pun berkata,

“Apa, bukankah anda ibunya?”



28) Tukang Jual 【ツ】 
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.



29) Boy Pren Nenek 【ツ】 
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

Ada sebuah rumah yang di diami oleh nenek yang sudah 10 tahun kehilangan suaminya yang sedang sibuk mengemas ruang tamu rumah nya sambil ditemani oleh cucu kesayanganya. Tiba- tiba cucu nya bertanya

Cucu: Nek knape nenek takde boyfriend?

Nenek kehairanan mendengar soalan cepu gangsa yang diberikan oleh cucu bertuah nya itu Lalu dia pun menjawab..

Nenek: Ehh..sape kate nenek takde boyfriend.. ade la..die selalu teman nenek di kala sunyi..

Cucu: Siapa nenek

Nenek: Ni ha [sambil menunjukkan tv di ruang tamu tersbt] dia la boyfriend nenek..

Cucu: ..oo

Lalu nenek itu ingin menonton tv apabila tv di buka..siaran nya tidak jelas.. Lalu nenek itu pun menepuk2 belakang tv itu untuk mendapatkan siaran yang lebih jelas.. Tapi masih tidak berhasil.. Tiba2 datang Pak Lebai ke rumah Nenek untuk menjemput nenek datang majlis doa selamat rumahnya malam nanti

Pak Lebai: Assalammualaikum

Cucu: Walaikumsalam...ada apa Tok Lebai..

Pak Lebai: Nenek kamu ada.

Cucu: Ada..tapi die tengah sibuk duk menepuk-nepuk boyfriend dia tu..

Pak Lebai: Ha????